AHLAN WA SAHLAN

AHLAN WA SAHLAN

Sunday 11 May 2014

SEJARAH SURAU AL-FALAH

SEJARAH SURAU SK(AL-FALAH Surau SK(LKTP) JENGKA 15 telah dibina pada tahun 1995 .Kos perbelanjaan membangunkan surau ini adalah hasil daripada sumbangan ibubapa,orangramai,orang perseorangan dan sumbangan daripada yang berhomat ADUN Jengka. Kos membina surau ini dianggarkan lebih kurang RM20 000.00.Surau ini telah dirasmikan oleh ADUN Jengka ketika itu iaitu Yang Berhormat Datuk Zainal Bin Hassan. Pembinaan surau ini amat dibanggakan oleh pihak sekolah kerana dengan terbinanya surau ini dapatlah dijadikan sebagai pusat ibadah dan ilmu agama khususnya kepada murid-murid dan seluruh warga SK Jengka 15 amnya. Surau ini telah dinamakan Surau “Al-Falah”yang bermaksud kejayaan.Nama ini diambil sempena kejayaan yang dicapai oleh murid-murid sekolah ini dalam pelbagai kegiatan kurikulum dan ko-kurikulum.Nama Al-Falah juga menggambarkan harapan dan inspirasi sekolah agar murid-murid sekolah ini terus berjaya dalam kehidupan dan menjadi insan yang bertaqwa di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment